dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Wellbeing Podcast NADI Care_ Mental Kental – Rahsia Taekwondo Didik Disiplin & Hormat | P055

17 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2025, telah berlangsung Wellbeing Podcast NADI Care_ Mental Kental – Rahsia Taekwondo Didik Disiplin & Hormat. Podcast ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Podcast ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Podcast ini berlangsung, peserta menonton Youtube mengenai Mental Kental – Rahsia Taekwondo Didik Disiplin & Hormat. Master Chauw Proom Wichit, ikon Taekwondo menerangkan bagaimana latihan Taekwondo ajar nilai hidup sebenar. Seterusnya, Master Chauw Proom Wichit menerangkan perbezaan ketara antara pelajar yang ada asas seni bela diri dan yang tiada. Selain itu, Master Chauw Proom Wichit menerangkan kenapa ramai ibu bapa kini hantar anak bukan sebab nak 'pandai lawan', tapi nak anak berjiwa kuat dan hormat orang. Akhir sekali, Master Chauw Proom Wichit menerangkan bagaimana seni mempertahankan diri bantu kurangkan masalah disiplin, mental lemah dan malas di kalangan remaja.

Dengan adanya podcast seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Rahsia Taekwondo Didik Disiplin & Hormat. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.